Thursday, August 4, 2011

jangan !! pentingkan diri !!!




Semua orang mesti ada sikap iaitu sikap pentingkan diri sendiri dulu. Tak kisahlah apa jenis bentuk yang membuatkan dirinya didahulukan sebelum untuk orang lain. Bak kata orang no second chance, dan ini peluang pertama harus ditamakkan dulu untuk manfaat diri sendiri.


Ok! Jangan pentingkan diri! Maksud aku kat sini, kalau korang nak tamakkan sesuatu benda/perkara,jangan tak ingat orang belakang. Ada 2 keadaan berbeza kat sini, samaada pentingkan dulu bagi orang memerlukannya atau korang yang lebih perlukannya.

Contoh yang sesuai, selalunya kalau bab2 makan ni, semua nak sebat je kan, time sebat ni la bukan nak ingat orang belakang dah, memang tak de round ke 2 tapi biar bertempat .


Contoh lagi, contest yang dianjurkan. Gaya penulisan yang menarik mungkin membuatkan korang ada peluang cerah untuk memenangi contest tersebut. Tak kiralah kreativiti yang korang cungkilkan, idea yang disampaikan terserlah dan sikap penting diri kena ada. Ini untuk memastikan contest yang kita menangi itu berbaloi – baloi dan bukan “atas angin” je masuk contest tersebut.


Bagi aku kepentingan diri tu, kena ada la juga. Kalau tak selalu la ketandusan kebelakang. Sikap sebegini tak kan nak terapkan dalam kehidupan kita, alahai kalau ikut tempat tu tak kisah. Ini kalau selalu…habis…apa pula pendapat korang???? :?:


0 comments:

Post a Comment