Saturday, August 20, 2011

ok fine , everthing setel

ok ...
aq harap poblem nh dh setel ...
bengang aq un xde sgt ...
tp sorry thu kat VIVI FARANIS N AMIRUL HAKIMI
lau selame nh aq mengumpat korg je kan ..
huhuhuh
aq harap benda nh dh setel ..
xde yg bermasam muke ke pe ke...

again

sorry to vivi faranis 

laptop kuh rosak !!! tp dh ok hahhhahaha





syukur alhamdulilah ..
lappto aq dh ok ...
lau x aq rase dh merane2 sgt dh ..
bosan kot tanpe laptop di cc...
lepas ini pastu aq akan jaga laptop aq sebaik mungkin...
nasib baik lah ,..
de sorg kawan aq nh tere komputer ..
dptlah dia tolong aq ..
huhuhuh
tq erk syed (ex-rumate sem 2)
errmmm ..
selain uh ..
tq gak kat awak ..
sbb kasi pinjam awknyer laptop kat sy ...
lau x mmg x studylah sy ..
huhuhuh
n sorry gak sbb mengangu tdo awk ..
heheheeh

LOVE U DEAR



Friday, August 19, 2011

kenapa org menyampah gan kiter???

kenapa org menyampah gan kiter ??



1. mesti sebab perangai kiter
(mmg susah nak puaskan hati semua org , tp org yg nak menyampah gan perangai kiter nh dia uh bagus sgt ker? jangan paku dulang , paku serpih mengata org dia yg lebeh2nyer ?

2.sbb org uh mmg x suker kiter
(kadang2 , ade sesetengah org uh , dia x wat pe2 uh yg leh menyakitkan atie kiter tp diri dia uh sendiri yg menyebabkan org x suker gan dia ..huhuh redha jep lah )

3.kate2 kite
(bak kate pepatah .. terlajak perahu boleh diundur , telaka kater dh xleh nak wat pe2 dh .. so jagelah ape2 yg kite nak ckp uh..lg satu tolong lah elakan diri kiter dr menipu , lau org thu kiter menipu , mmg spi sudah lah org uh xkan suker gan kiter)

4.sbb org uh jelouse gan kiter
(huhuh yup org akan x suke gan kiter biler org uh jelouse gan kiter ,, mcm2lah benda buruk dia bakal create n citer2 kan org bg memburukan diri kite yg SUCI itu )

bagi diri aq nhlah faktor2 penyebab utame kenapa org benci gan kiter !! dh thukan ? so xyahlah buat lg ..


p/s:: mampukah aq ??? aq nh cakap jep lebeh.. tp habuk takde


KFC reramai !!!

HEPPY!!!

errrrmmm ...ari nh most of dak2 kls aq semua bebuka reramai at KFC..
ktorg mule2 plan nak g 5-6 org jep ...
tp rase cam x besh lah plak kan nak g sikit2 nh ..
so aq un ajak2 lah dak2 kls aq semua g ..
21 org semua ...
huhuhuh..
mmg penuhlahkan kfc at dungun uh gan kiterorg semua ...
tp kesian gak lah kat ROCK n ADAH ..
sbb dorg kena g awal tok tempah meja..
walau un org kfc uh mule2 x bagi ktorg tempah meja uh ...
maybe sbb ramai sgt kot ...
tp aq x ajak lah 2-3 org nh ...
firs set2 awok2 kite n kimi n vivi ..
bukan xnak ajak ..
tp bile ditanya , dorg semua dh de hal..
set2 "awok2 kite" de plan nak makan KFC jugep ..
tp dorg nak makan at taman ..
si kimi n vivi lak de diner..
so aq x ajaklah dorg ...
tup2 aq dengar adelah yg perli xajak lah itu lah ini lah ...
errmmm..
aq bukan xnak ajak , tp dh dorg dh de plan xkan lah nak suh dorg btlkan plan dorg..
tp ape2 un ... aq nak mintak maaflah kan set2 "awok2 kite" n "kimi <3 vivi"
lau korg terasa ...


SORRY!!!!!


wanita kaki cukur !!! hahahah

1. Di awal perkenalan si dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata.

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila
usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.

sumber : http://cintadearhaniey.wordpress.com/2008/04/10/10-ciri-perempuan-pisau-cukur/

Saturday, August 6, 2011

cemburu?

Cemburu boleh membawa kepada pergaduhan.

Bagi insan-insan yang berkasih-sayang, perasaan cemburu terhadap pasangan adalah perkara normal. Namun, jika perasaan cemburu terlampau atau lebih dikenali sebagai cemburu buta boleh meretakkan hubungan dan seterusnya membawa kepada perpisahan. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang ada pada mereka yang kuat cemburu.

1. Duduk di rumah sahaja

Duduk di rumah sahaja menyebabkan mereka ini tidak terdedah kepada persekitaran dan pengaruh luar. Ini boleh menyebabkan fikiran mereka selalu memikirkan perkara-perkara yang tak elok tentang pasangan. Adegan di televisyen juga boleh menimbulkan rasa cemburu terhadap pasangan.

2. Terlalu mudah menuduh pasangan tak jujur dan curang

Walaupun hanya melihat dan mendengar hal-hal yang kecil, mereka mudah menuduh pasangan berlaku curang dan tak jujur. Tuduhan yang tak bernas ini akan menyebabkan pasangan berasa tak selesa dan tertekan dan boleh menyebabkan pasangan melakukan perkara yang dituduh untuk membuktikan bahawa tuduhan anda adalah benar.

3. Mangsa penceraian

Orang yang pernah mengalami sejarah hitam dalam hidup seperti ibu bapa bercerai atau pernah ditinggalkan oleh pasangan, akan menyebabkan diri berasa terancam dan bimbang peristiwa yang sama akan berlaku padanya dan berulang kembali.

Sifat kuat cemburu perlu diatasi kerana ini akan merosakkan hubungan yang sedia ada.

Psst: Adakah anda seorang yang kuat cemburu terhadap pasangan?

<copy n paste>

Thursday, August 4, 2011

jangan !! pentingkan diri !!!




Semua orang mesti ada sikap iaitu sikap pentingkan diri sendiri dulu. Tak kisahlah apa jenis bentuk yang membuatkan dirinya didahulukan sebelum untuk orang lain. Bak kata orang no second chance, dan ini peluang pertama harus ditamakkan dulu untuk manfaat diri sendiri.


Ok! Jangan pentingkan diri! Maksud aku kat sini, kalau korang nak tamakkan sesuatu benda/perkara,jangan tak ingat orang belakang. Ada 2 keadaan berbeza kat sini, samaada pentingkan dulu bagi orang memerlukannya atau korang yang lebih perlukannya.

Contoh yang sesuai, selalunya kalau bab2 makan ni, semua nak sebat je kan, time sebat ni la bukan nak ingat orang belakang dah, memang tak de round ke 2 tapi biar bertempat .


Contoh lagi, contest yang dianjurkan. Gaya penulisan yang menarik mungkin membuatkan korang ada peluang cerah untuk memenangi contest tersebut. Tak kiralah kreativiti yang korang cungkilkan, idea yang disampaikan terserlah dan sikap penting diri kena ada. Ini untuk memastikan contest yang kita menangi itu berbaloi – baloi dan bukan “atas angin” je masuk contest tersebut.


Bagi aku kepentingan diri tu, kena ada la juga. Kalau tak selalu la ketandusan kebelakang. Sikap sebegini tak kan nak terapkan dalam kehidupan kita, alahai kalau ikut tempat tu tak kisah. Ini kalau selalu…habis…apa pula pendapat korang???? :?:


Adab - Adab Berpuasa di Bulan Ramadhan


 Berpuasa di Bulan Ramadhan merupakan satu kewajipan ke atas seluruh umat islam yang termasuk di dalam Rukun Islam yang ke-3.

Setiap orang yang mengerjakan ibadah puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Monday, August 1, 2011

sebab dan punca hubungan tidak kekal lama

kita sudah jaga hubungan tersebut dengan baik namun, hubungan itu tetap tidak dapat bertahan, kenapa? apa sebab hubungan tersebut tidak mampu bertahan lama?
antara sebab sesuatu hubungan itu tidak mampu bertahan ialah :-

1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

bila ramadhan tiba

eerrmmmm ...   xthu lah nape gan aq nh ,
org lain , setiap kali dtg je bulan puasa mesti dorg gembira ,
tp aq , setiap kali dtg je bulan puasa ,
mesti aq sedeh ,
sepanjang mase mesti aq akan engat kat mak n ayah aq,
td , call rumah mase sahur .. mula2 ckp gan ayah aq .. mase uh ok lg ..
tp bile ayah aq  pas je phone at mak aq ,
terus aq mengalirkan air mate ,

mak aq tya , sahur makan pe? .. aq ckp biskut , mase uh dh gah nagis dh .. then mak aq tya lg , nape x mkn benda lain ... then trus aq xleh nak bercakap dh ... aq sedih giler2 .... aq un x thu nape ... aq thu mesti mak aq un sdh , sbb dia trus letak phone tanpa ckp pe ..........



Shahaswani Awang


(sorry curi pic nh kt blog koe , walau un aq x di invited ehheheheheh) :p








saje2 je nak wat post sal shahaswani awang @ minoh budu nh ... hehhehe
saje2 je nak wish beday dia kat sini , sorry sesangat yer wani sbb lamabt wish 
kt blog nh , sibuk sgt lah minoh weh !!!


+ happy birthday
+ moge pjg umor
+ muroh rezeki 
+ diperkuatkan iman 
+ n berbahagia di samping org2 tersayang


P/s: tq sbb sudi jd kwn aq ... hahahahahha