Friday, October 14, 2011

kisah penjara pudu



kisah ni btul2 trjadi..takut beb..patut la penjara tu cm mnyeramkn..huh!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit.bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong,suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa...hehehehehee.time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca..HAHAHA~~

Thursday, October 13, 2011

kenapa umat islam sembah kaabah


nk thu nape  Umat Islam 'Sembah' Kaabah? jom bacer

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah,satu kotak berwarna hitam ?
Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab ….Handphone N95 missionary berbunyi …..
Missonary menjawab panggilan telefonnya ….Pendakwah sabar menanti …..Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya,dia merenung kepada Pendakwah ….Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ?
Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya.
Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya.Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri,
ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri.Saya bercakap dengan emak saya.Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon.
Apa masalahnya ?
(Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah).
Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah.Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut ….Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja …Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai …..bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun.Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ?
Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless.Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)
…. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah,
bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah.
Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah.
Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon.
Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95,ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu.Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak,barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak,dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya,mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary …"Nah, ini duit untuk awak beli N95 yang baru …."Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse ….Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

kebosanan lagi

bosan nyer aq !!
dah x thu nak wat benda dh ..
makan dh puas dh ..
n 
makin besor dh perot nh
x boleh kawal ..
huhuhuhuh
..
ari nh aq jumpe2 dak2 kolah aq dedulu
x berhajat un ..
tetibe je tersermpak gan member aq mase at roadblock td
n dia un tros ajak aq lepak kat asrama sekolah
mule2 aq mls gak
wisaulah lau warden marah ke pe ke..
huhuhu
mule2 ingat nak g kejap jep
tp
bile dh start bukak cite ..
rase esok un x abis
tp 
ble tgk jam dh hampir kul 6
so aq un geraklah balik
6t kena hambat gan gurd plak 
matie aq ..

pe2 un besalah gak sbb dpt jumper member lelame :)

Saturday, October 8, 2011

bila binatang ada facebook




pernah x korg pikir ,
pe status binatang2 lau dorg de facebook?
lau dorg de fb ,
mungkin nh antara status2 yg dorg akan update at fb huhuhuhu

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Friday, October 7, 2011

10 KEBAIKAN COCA COLA

sape kate coca col XDE KEBAIKAN ade thu x .. 
korg jep yg x thu ...














 Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlakukemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkanselama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper keretajenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!8.Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.

8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dantulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 

9. Parapengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjinlori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

okk dh bace semuakan .. 
lps nh korg g kedia

BELILAH COCA COLA BEBANYAK ERK!!!

letih n penat

eerrmmmm 
letih gila aq sehari suntuk nh ..
mula2 
sapu rumah ..
agak lame jugeplah umah nh x bersapu sbb mak aq x chat
then
basuh lantai kat luar umah ..
byk giler ayam2 jiranku sedekah taiknyer kt umah aq!!
lepas uh
cuci semua2 toilet kat umah 
then g halau ayam2 jiran yg menyemak kat umah aq nh 
last sekali 


brlah aq bwk kuar aqnyer brg2 dr kete ayah aq .. 
after hampir 24 benda2 uh terperok kt lam kete uh


p/s: nasib baik awal aq kuarkan brg2 uh , lau balik sem lepas .. hampir seminggu brg2 aq kt lam kete uh 
hahahahhaha :)

dia kembali!!!





huhuhh
sape yang kembali uh ??
hahah ..
aq lah yg kembali (bajet famos je kan)
sorry2 klu korg rase tertipu erk.. (^^)v

dh lame gilerkan aq menyepi 
bkn pe,
aq just rase xde mase n mood nak update blog nh 
harap2 mase cuti sem nh aq 
rajin lah nak 
UPDATE BLOG !!


6tkan cerita2 panas dr kuh!!!

p/s: gah letih giler nh br abis kemas umah ....